Akaun ncodeacademy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Program Exam Dealer Remisier Module 6 & 7

Program Exam Dealer Remisier

 (PeDR ) Tutor Class


Conductor Tutor Class PDR

   Encik Mohd Al Adzha Bin Johar

Principle/Director/Pendidik, Ncode Academy Sdn Bhd

Remisier Bertauliah AffinHwang Investment Bank


Latar Belakang Trainer/Conductor:

Beliau adalah seorang pelabur, penganalisis pasaran saham global yang aktif, yang memahami trend pasaran semasa yang akan digunakan dalam aktiviti pelaburan seharian. Beliau aktif memberi tuisyen untuk mereka yang ingin mempelajari aspek-aspek berlainan dalam bidang pelaburan dan dagangan saham.

Beliau juga adalah Remisier Bertauliah di bawah AffinHwang Investment Bank Berhad, dimana beliau sudah terlibat dalam industri saham dan remisier selama 13 tahun and menjadi pendidik di industri berkenaan selama 16 tahun.

Beliau sebagai Principle dan Trainer Ncode Academy aktif memberi tuisyen and kelas untuk mereka yang ingin mencuburi dan mempelajari modul-modul, aspek and tatacara untuk menjadi Remisier, Dealer Stock Market, Pegawai Pematuhan di firma Broker dan seumpamanya.




Program Exam Dealer Remisier (PDR) Tutor Class sesuai untuk siapa?

Tutor class ini adalah sesuai untuk sesiapa yang ingin membelajari atau mencuburi kerjaya dalam industri capital & financial markets. Class ini akan mendedahkan peserta kepada cara dan prosedur yang betul untuk bermula dalam bidang ini, dan menjelaskan apa yang boleh diperolehi dalam bidang ini.

Tutor class ini akan fokus kepada Module 6 (Stock Market and Securities Law) dan Module 7 (Financial Statement Analysis and Asset Valuation). Dua- dua modul ini adalah dibawah kelolaan SIDC (Securities Industry Development Corporation). Peserta yang ingin menjadi Remisier atau Dealer's Representative harus lulus kedua-dua modul ini untuk mendapatkan lesen untuk menjalankan aktiviti sebagai Remisier atau Dealer's Representative.

Tujuan class ini adalah untuk membimbing peserta kepada silibus dan struktur pemeriksaan tersebut supaya memudahkan peserta untuk lulus pemeriksaan tersebut.



Bagaimana aliran Tutor Class PDR ini?

Tutor Class ini adalah pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin, 28, 29 & 30 January, 2023. Tempoh kelas adalah dari pukul 09:30 pagi hingga 05:30 petang, selama 3 hari.

Kelas ini adalah offline (face-to-face), dimana pelajar mesti hadir ke center hall kami untuk menduduki kelas ini. Kami mendapati bahawa kelas offline adalah cara yang terbaik untuk menyampaikan isi dan silibus Program Exam Dealer Remisier, dimana pelajar dan conductor/trainer akan menjadi lebih responsif dan interaktif, dan sesi soal jawap menjadi lebih berkualiti dari segi kandungan.




Apakah Ncode Academy dan apa tujuan academy ini?

Ncode Academy adalah sebuah syarikat yang  menawarkan kursus dan kelas berkenaan pasaran saham global. Kami telah melahirkan ramai Remisier Bertauliah dan Pelabur Saham di Malaysia. Tujuan kami adalah untuk menawarkan pendidikan kewangan dalam bidang pasaran saham global dan melahirkan generasi yang cekap dan kompeten dalam pelaburan dan dagangan saham global.


Setiap bulan kami akan mengadakan kelas atau kursus yang berlainan, ataupun kami akan mengadakan kelas mengikut permintaan.






Testimonial Peserta Program Exam Dealer Remisier (PDR):


1. Puan Norbaidah Abdul Majid,

Senior Dealer Alliance Investment Bank (Manager), G Tower

Kuala Lumpur

" Hi, nama saya ida. Dulu saya tak tau pape pasal modul ni... selepas menduduki exam berkali-kali tapi masih gagal, akhirnya saya berguru dengan en. Adzha yang sekarang saya panggil 'cikgu'. Alhmulillah berkat usaha dan tunjuk ajar beliau, saya lulus kedua-dua modul selepas itu.

Bagi mereka yg bakal menduduki exam module 6 & 7, elok la berguru dengan cikgu ni... bagi saya dia memang pandai mengajar dan akan memastikan anak murid nya faham setiap topik yang di ajar. Dengan gaya dan cara penyampaian nya yg tersendiri, beliau mampu membuat anda lulus dengan cemerlang serta jika anda tekun dan sentiasa berusaha pasti berjaya.. Semoga cikgu terus success selalu... terima kasih cikgu... "


2. Encik Dzulhilman Sulaiman

Remisier dan Head of Branch Malacca Securities

Wangsa Maju, KL & Mahkota Cheras

" Saya bersyukur sangat sebab dapat lulus dalam sekali percubaan. Soalan2 yg dikemukakan memerlukan pemahaman yg cukup, bukan sahaja fakta bahkan pemahaman formula matematik serta kesesuaian aplikasi formula tersebut berdasarkan soalan yang pelbagai.

Saya berlatar belakang engineering. Maka subjek finance adalah agak asing dan baru. Tanpa tuisyen, sangat sukar bagi saya untuk memahami terma2 dan selok belok dalam subjek tersebut. Ini amat merugikan sekiranya tuisyen tidak wujud kerana soalan2 ujian adalah berdasarkan pemahaman.

Bagi mereka yang ingin menjimat masa, duit dan ingin lulus dengan cepat, saya amat menyarankan bagi mereka ini mengaimbil tuisyen bersama en.Al Adzha kerana beliau mampu menterjemahkan buku teks yang bagi saya amat asing sekali kepada bahasa yang lebih mudah untuk saya pelajari.

Syukur saya kepada Tuhan yang Maha Esa kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran dari sesuatu institusi yang established lebih cepat dari di sangka. Saya beriltizam peluang yang saya miliki sekarang tidak di sia-siakan dan saya harap agar saya dapat membantu lebih ramai pelabur untuk mendapat keuntungan apabila melabur bersama saya."


3. Mr Masashi Mizuno 

Head Asia Pacific, Daiwa Securities

Japan

"From my experience for preparing module 7 examination 

1. Read the text book (once)

2. Answer 300 sample questions (to understand / to repeat only Question which i mistook)

3. Remember about 30 math formula and remember about 50-60 keywords and Question

During exam time, no need to answer everything, You can mistake at least 24 out of 60.

And take a Mr Al Adzha and Mr Muhammad Nasir (teacher) lesson and listen to his words carefully."


4. Mohamad Hisyam 

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Pelaburan UiTM 

Johor

" Alhamdulillah saya bersyukur sebab dapat lulus sekali dalam percubaan. Soalan yg dikemukan memerlukan kefahaman yg tinggi, bukan sahaja teori tetapi formula kira kira sekali.

Kelas bimbingan En Adzha amat praktikal dan 'fun'. dan tidak tertekan untuk menjawab soalan soalan. Malah En Adzha turut menjelaskan sesuatu teori & contoh dalam bahasa yang senang kita faham & 'sempoi'. Jadi saya senang faham berbanding ayat buku yang terlalu 'tinggi & complicated' bahasanya.

Banyak isu-isu hangat yg kami bincangkan dalam kelas. Secara jujurnya saya banyak bertanya soalan lebih kepada pasaran saham & berita berita berkaitan ekonomi malaysia berbanding kelas Module 6 & Module 7, ini kerana latar belakang saya dari ijazah 'finance & En Adzha mampu memberi jawapan yang singkat & senang difahami oleh semua peringkat lapisan masyarakat.

En Adzha juga seorang yang berminda terbuka & tidak hanya tertumpu kepada kelas Module 6 dan Module 7 sahaja, Beliau turut menceritakan tentang peranan dealer saham & kisah kisah dari anak anak buah En Adzha yg berjaya. Mendengar dari kisah pengalaman suka and duka seorang dealer menjadi pembakar semangat & motivasi kepada saya untuk menjadi seorang dealer dan trader saham pada suatu masa nanti.

Disebabkan saya seorang graduan dari Universiti dan baru menceburi bidang kerjaya pelaburan ini En Adzha juga memberi tunjuk ajar dan panduan bagaimana seorang graduan itu boleh mencapai komisen bulana 5 atau 6 angka sebulan, setiap penerangan ditunjukkan cara dan kaedah mengapa perlu seorang 'zero' dalam pasaran saham menjadi dealer dahulu (jika baru grad) dan setelah 10 tahun dalam industri baru berubah kepada skim Remisier.

Saya amat menghargai panduan yang diberi dan sedikit sebanyak saya dapat tahu bagaimana seorang itu boleh 'pencen' awal dengan membina pendapatan serta bersama sama membangunkan keluarga dan anak anak buat masa hadapan.

Saya secara peribadi amat terharu dan mengesyorkan kelas tuisyen en Adzha kepada sesiapa yang ingin menduduki peperkisaan Module 6 & Module 7 ini. Alhamdulillah ianya berbaloi dan disarankan buat semua yang masih belum 'grad' supaya membina kerjaya didalam bidang saham."


Pakej Program Exam Dealer Remisier

(PDR) Tutor Class



Kandungan Pakej:

Semasa kelas:

1. 500 set soalan dan jawapan disertakan.
2. Textbook disediakan.
3. Nota dan study kit disertakan.
4. Makanan dan minuman disediakan masa kelas.


Selepas kelas:

1. Konsultasi karier & 'exam' percuma
2. Diskaun untuk kelas-kelas yang berkaitan akan datang.
3. Free 'recharge' kelas selama setahun jika gagal 'exam'.
4. Memasuki networking dan group alumni yang berada di dalam industri dalam 29 syarikat stockbroking di Malaysia.
5. Referral percuma untuk calon yang lulus pemeriksaan untuk memasuki ke firma broker saham (jika ada kekosongan).


Kelebihan Pakej:

1. Memiliki jaringan yang luas dalam industri pasaran modal.
2. Peluang untuk lulus pada kali pertama (first attempt) adalah tinggi.
3. Silibus dan panduan menduduki peperiksaan sentiasa dikemaskini.
4. Memiliki modul pembelajaran untuk lulus Module 6 & Module 7 dalam masa 60 hari.
5. Membantu calon untuk memahami keadaan di pasaran modal dengan betul.
6. Diajar oleh tutor yang berpengalaman selama 16 tahun untuk Module 6 & Module 7 sahaja.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami

Ncode Academy Sdn Bhd

Company Reg 202001043290(1399611-U)

No 12-1, Jln Villa Tropika 1,

Taman Villa Tropika Bangi

43000 Kajang, Selangor

Office: 03-89289611

Tel: 017-3351380



TERMA DAN SYARAT

• ANY PAYMENT MADE ARE NON-REFUNDABLE•

• HARGA KURSUS TIDAK TERMASUK KOS EXAM•